Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Saturday, 16 July 2011

part time job.

Lepas tamat persediaan oversea, aku pergi bekerja untuk mengisi masa kosong selama hampir 7 bulan  lamanya. sesaja nak bekerja sebab nak cari duit poket, malu nak mintak duit kat mak,lagipun kesian mak kerja penat2, tak kan aku nak makan tido je kat rumah, malu la anak bujang macam tu.. tak produktif dan memalukan weh. so,aku cari inisiatif untuk bekerja. memandangkan rumah aku agak jauh dengan pekan, aku ade kesukaran untuk keluar ke sana ke mari.ayah aku yang selalu tolong hantar kan aku sebab aku xreti bawak kereta dan xde lesen. 


sebelum aku pergi interview kerja, aku dah target nak kerje sama ada kat kfc,the store ataupon kedai2 biasa.tapi aku pergi yg interview the store je. sampai kat the store, ak naik tingkat dua. aku pergi kat section baju dalam wanita.eh, aku pon xingat section mane, tapi aku pergi jumpa sorang akak yg kerja kat situ la. aku tanya kat mana pejabat,nak interview . die cakap ade kat tepi sana.dah dapat tahu ak dengan segera blah dan ucapkan terima kasih. samapi kat pejabat, aku jumpa penginterview tu. die bagi aku borang soalan matematik. tahu2 je aku xsuka matematik. ade 10 soalan kot,kene jawab dalam masa 15 minit dan tak boleh pakai kalkulator.ape lagi, aku terus speed menjawab soalan yg diberi.tapi agak hambar sebab dah x expert kira guna jari,selalu guna kalkulator je kat sekolah dulu... bila dah siap dan dia dah tanda, ak perasan ade aku silap kira.cis,, memalukan. soalan basic2 pon budak pra uni cam aku xboleh jawab,, memang xbest la kan...


selepas tu dia terangkan la ape skop kerja aku, masa bekerja, kod pakaian ,etc. aku denga semangat pon dengar je sampai habis.kerja yg die offer cashier dengan kerani. aku kecewa gak sebab dia tanya ak, nak gaji berapa,ak jawab 900. tapi die boleh bagi 550 basic. campur2 elaun dapat la kot 800. but still low than my expectation. dah setel die bebel die suruh datang esok pakai bju putih,ksot hitam,dan sluar hitam. semangat punya pasal, keluar je dari situ aku terus pergi beli barang2 keperluan tu.esok kan ak kerja.kene semangat!


ok, bila dah setel semua, aku balik rumah dan inform mak aku yg aku nak kje the store as cashier mgu depan.aku ingat mak aku caka, ;bagus,,dah pandai berdikari',, tapi lain yg mak aku cakap,, 'nak kerja tu, sapa nak hantar tiap2 hari??kereta tu pon bukan elok sangat, susah la.baik kerja kat penang, halim kan ada.cube try kol mak uteh,tanya boleh x kerja kat kedai makan die.' cis,, jawapan yg sangat contradict. but still aku call uteh ak on the spot.
 lusa nya terus aku pergi penang, xdatang pon kerja kat the store! haha .. buat rugi je beli baju dan kasut baru,dah la xstyle. 


bersambung..

Wednesday, 22 June 2011

winter pertama dalam hidup.

semalam, 22 june 2011, mula lah winter pertama di bumi asing ni.setakat ni masih boleh bertahan sebab kat ausie ni winter xteruk sangat. setakat ni masih boleh bermain bola sepak di Kenso Park walaupun kesejukan. Dah pakai baju 2 lapis pun masih menggigil. dulu kat malaysia, baru pukul 11 pagi dah xboleh tido, sebab panas dan x selesa. Almaklum lah tinggal dirumah kayu. Tengah hari kat rumah kayu memang macam microwave. sentiasa terbujur kaku didepan kipas berdiri yang nyaman untuk mengelakkan berpeluh. rindu lah pulak kat adik kecik ku ikhwan.kalau die ade dulu selalu nyakat die. seronok nyakat budak tu, bukan mendera, tapi nak tunjuk kan sayang.haha.lepas ni balik mesti die dah besar, nak buli2 pon xbest x berapa cute macam dulu. humm..

sekarang ni semua diatas dah xrase. kalau dulu pasang kipas untuk sejuk, sekarang ni pasang heater untuk panas. kalau xpasang memang menggigil la dalam rumah ni. dan seperti sedia maklum, bila winter ni malam akan lebih panjang daripada siang. kadang2 dah lama baring2 online, layan yutube, ingat dah lewat malam, tup2 baru pkul 8pm. start winter ni pkul 5 pm pon dah gelap.

jadi untuk cuti winter ni selam lebih kurang sebulan, aku akan pergi melawat melbourne. yes! nak jumpa mak uda dan cousin di sana.kalau duduk rumah je memang mati kutu la jawab nye.

ok  la, nak layan nora elena lagi sekali. aritu dah khatam. rase best pulk.nak tengok se round lagi la. hehe.. dah besar nanti nak jadi romantik macam seth tan. haha..

ciao!