Thursday, 23 June 2011

malam yang panjang

Start winter ni, malam2 yang ku tempuh memang panjang.. selalu melihat didalam movie, pelakon mengatakan  scene di waktu malam2 yang ada masalah,konflik, itullah malam terpanjang dalam hidup mereka. Tapi bagi aku lain. Sebagai seorang pelajar yang melalui hidup yang bosan dan normal, tidak seperti didalam kaca tv, aku merasakan setiap malam dalam hidup ku adalah sama. mungkin di sebabkan kurang perasaan dalam diri ini.? aku pun tidak pasti. yang pasti ianya bosan. nak ajak kawan chat, xde sape yg betul2 aku rapat. nak main game dah boring. nak bace buku, memang HARAM... camni lah hidup sponsered student MARA, yakni diri aku.

baru hari tu aku habis kan marathon drama NORA ELENA, mmg drama tu superb. sebab aku memang x berapa minat sangat dengan drama2 melayu ni, aku xberapa nak tonton la. tapi drama ni lain. Mungkin sebab lakonan dan plot yang mantap, selain pelakon yg hensem dan cantik dan juga OST yang sedap didengar. memang melekat dalam otak aku ni  sampai hari ini. tapi  aku rasa sebab terbesar adalah aku rindu dengan tanah air ku malaysia. semua mende yg aku tinggal kan sekarang baru terasa nikmatnya yang dahulu aku tidak sedari.

aku ni baru je try nak blogging ni. baru kenal dengan dunia blog. dulu kat rumah tiada internet. selalu di sekolah dan kolej aku tertinggal isu2 yang budak2 bincangkan, yelah, mereka ade internet.mereka semua up to trend, bce blog , follow blog. tak macam aku yang jadi budak blur..hum... ni pun saje je menulis sebab nak kongsi hidup aku dengan orang luar. blog yang aku suka baca adalah blogserius,ini bukan lucah ini kenyataan,komando kedai kopi,aididleaks dan forever alone comic. kalau  xbukak blog mereka ni dalam sehari memang x sempurna hidup aku hari tu.lol. lebih kurang macam addict dengan blog la skang ni.

sori kalau posting merapu. aku bukan banyak sangat ilmu  blogging ni. dan hidup aku xde la menarik sangat untuk dikongsikan,
 tapi setiap kita mesti nak lihat ,merasai kelainan dalam hidup ini,memandangkan kita tidak boleh nak menjalani 2 atau lebih watak dalam satu2 masa, kita baca blog orang.  kita dapat merasai nya dengan membaca hasil penulisan orang lain.betul tak??  do you know what i mean?  baca blog ni macam baca autobiografi bagi aku.

jadi, selamat malam semua. semoga anda bahagia dengan hidop anda. asalamualaikum. gud9..

Wednesday, 22 June 2011

winter pertama dalam hidup.

semalam, 22 june 2011, mula lah winter pertama di bumi asing ni.setakat ni masih boleh bertahan sebab kat ausie ni winter xteruk sangat. setakat ni masih boleh bermain bola sepak di Kenso Park walaupun kesejukan. Dah pakai baju 2 lapis pun masih menggigil. dulu kat malaysia, baru pukul 11 pagi dah xboleh tido, sebab panas dan x selesa. Almaklum lah tinggal dirumah kayu. Tengah hari kat rumah kayu memang macam microwave. sentiasa terbujur kaku didepan kipas berdiri yang nyaman untuk mengelakkan berpeluh. rindu lah pulak kat adik kecik ku ikhwan.kalau die ade dulu selalu nyakat die. seronok nyakat budak tu, bukan mendera, tapi nak tunjuk kan sayang.haha.lepas ni balik mesti die dah besar, nak buli2 pon xbest x berapa cute macam dulu. humm..

sekarang ni semua diatas dah xrase. kalau dulu pasang kipas untuk sejuk, sekarang ni pasang heater untuk panas. kalau xpasang memang menggigil la dalam rumah ni. dan seperti sedia maklum, bila winter ni malam akan lebih panjang daripada siang. kadang2 dah lama baring2 online, layan yutube, ingat dah lewat malam, tup2 baru pkul 8pm. start winter ni pkul 5 pm pon dah gelap.

jadi untuk cuti winter ni selam lebih kurang sebulan, aku akan pergi melawat melbourne. yes! nak jumpa mak uda dan cousin di sana.kalau duduk rumah je memang mati kutu la jawab nye.

ok  la, nak layan nora elena lagi sekali. aritu dah khatam. rase best pulk.nak tengok se round lagi la. hehe.. dah besar nanti nak jadi romantik macam seth tan. haha..

ciao!