Thursday 23 June 2011

PENGALAMAN SEKOLAH RENDAH

Asalamualaikum semua. Jam menunjukkan pukul 6.59AM . Kalau di Malaysia sekarang baru pukul 4.59AM. Saya Masih belum tidur lagi untuk hari ini. Lepas ni kalau tidur mesti terbabas punya. Harap harap la housemate kejut untuk solat jumaat. Ok, nak citer zaman sekolah rendah. Dah lama jugak la zaman tu berlalu. waktu masuk darjah satu tahun 1997 dan tamat sekolah rendah tahun 2002. Agak lama dah kan? pejam celik dah 21 dah umur sekarang. Dah 9 tahun meninggalkan sekolah rendah. Dah banyak yang saya lupa sebenarnya dah semua pengalaman biasa biasa je. Ni nak citer pasal surat cinta pertama dalam hidup. Hehehehehe... 

Waktu tu tahun 1999, waktu itu saya berumur 9 tahun dan belajar di kelas 3 Melur. Saya murid baru di sekolah itu kerana emak nak jimat duit tambang bas saya ke sekolah lama, jadi saya pindah sekolah. Klau tak silap sekolah lama saya sekolah kebangsaan semenyih. sekolah baru ni sekolah kebangsaan rinching hilir. waktu pertama kali masuk sekolah baru, papa hantar saya,adik dan kakak ke sekolah menaiki moto honda rider. time tu naik moto 3 orang.. adik duduk kat tangki, saya dan kakak duduk kat belakang. sejuk  naik moto pagi2.. Bila sampai je kat sekolah, perkara pertama yang saya dan rakan2 perlu buat adalah mengutip daun pokok yang jatuh ditepi kelas. Tujuan nya mesti lajh nak mendidik kita jaga kebersihan kan? ataupun nak menyenangkan kerja gardener sekolah?? jadi saya sebagai budak baru , xmatang dan naif menunaikan segala arahan yang diberi dengan penuh dedikasi. Kalau ingat kan balik dan kalau tak silap selau nya berlumba lumba kutip daun. sebab nye nak habis cepat dan bertanding sape lagi banyak daun. haha, bapak innocent kan? Tapi waktu macam ni juga lah kami bermain satu permainan. rasanya budak2 zaman sekarang dah tak main mende ni. permainan itu adalah semut laga.. haha.. kepada sesiapa yang tak tahu, korang memang xkan tahu. ini adalah permainan kejam dimana akan berlaku death match antara semut laga masing masing.

 Ok, cara2 nak main.  Mula mula sekali kita cari kemuncup. lepas tu kita tarik kemuncup tu biar batang kemuncup tu je tinggal. mesti korang terpinga pinga kan? Ok, bawah ni bahan bahan untuk permainan ni.

semut laga camni, tapi hitam, xde belang
kerengga xboleh pakai!


cuma memerlukan batang kemuncup sahaja



ok, dah ade idea sekarang? semut laga tu kalau xtau cara dan tempat persembunyiaan@ sarang dia ade kat mana, memang xboleh la nak main.  Cara mendapatkan nya adalah dengan memancing. bukan macam pancing ikan, bukan macam pancing awek2 tepi jalan atau di  supermarket, tapi menggunakan batang kemuncup tadi. Batang kemuncup ni nak cari senang sebab ada banyak kat sekolah.  saya dan rakan rakan akan pergi memburu sarang semut. tempat2 ang dikenak pasti adalah kubang kecil di tanah2 keras. Kecik je lubang tu, macam lubang hidung bayi, kalau besar2  penumbuk memang tak pergi la sebab mungkin tu lubang ular atau binatang, jin yang berbahaya. haha..
Ok, dah sampai ke lokasi sasaran, kami akan menggunakan batang kemuncup tadi. Kami akan jolok2 lubang kecil itu sampai puas,, kami sorong batang tu berulang kali atas dan bawah sehingga mencapai matlamat kami,,,,, yakni merasa rentapan kecil oleh sang semut. Kalau ikot logik, semut tu gigit sebab mungkin dia ingat ada penceroboh dalam markas dieorang. Tapi dieowg xtau yang dieorang bakal menjadi gladiator2 kami, bertarung sampai mati..HAHAHAHA!!  Bila dah rasa rentapan tu kami pun tarik keluar batang perlahan lahan  .. takut melepas bakal gladiator kami tu. Ok, bila dah dapat apa yang kami nak tu, bila dah ada sepasang semut, kita bergerak ke gelanggang pertarungan, macam collesum la jugak. Penontons terdiri dari rakan sekelas yang berhati ganas ala2 semut laga, dan perlawanan ini lazim nya hanya dihadiri budak2 laki SAHAJA.  Budak perempuan x ambil pot mende ni, dieorang sibuk main batu seremban dan tah ape tepuk2 tangan,sambil nyanyi lagu... mane lah aku TAHU!! Bukan aku main pon. 
OK, berbalik kepada semut laga tadi, selepas peserta2 hadir di stadium, dan penonto yang seramai 2 3 orang budak darjah 3 hadir, perlawanan akan dimulakan. Kami mula mula akan mencabut antenna semut. Eh,, senggugut semut tu. Tujuan nya adalah untuk mengelak kan sebarang komunikasi antara gladiator2 kami, mane la tahu mereka merancang belot dan  akan menyerang kami sampai mati pulak. LOL. Sebenar nya adalah untuk mengelak mereka mengenal antara satu sama lain. Bila mereka tidak saling mengenali, mereka akan menyangka bahawa semut yg lagi satu tu adalh ancaman musuh yang akan menyerang mereka. Jadi mereka akan saling menggigit antara satu sama lain sehingga terputus organ2 mereka. Peh... kardcore kan?? Badan je kecik tapi semangat waja, hati kental, sanggup bertarung hingga ke akhir hayat. Sebab tu la kami tak guna kerengga. kerengga kan berpinggang ramping, drngan sekali gigitan love bite oleh gladiator yang satu lagi dah K.O kerengga tu, sadis gila, badan putus 2 yo!! Lagipun kerengga busuk la kalau pegang, gigit pon sakit. Semut laga tak busuk, gigit x bisa n manja2 gitu...hahhaha..  
Lazim nya gladiator2 kami kalau x mati, kaki mereka akan kudung ,tu yang paling ringan la. Kalau yang ganas sikit, gigit sampai putus kepala.Memang brutal dowh semut2 laga ni. Sesuai dijadikan askar Malaysia. LOL.  Pemenang mertandingan akan mendapat hadiah kemenangan iaitu kebanggaan dah awek2 yg hot. Awek2 tu tipu ok. Yang kalah pulak akan balik dengan tangan kosong sambil memaki dan menyumpah akan kekalahan mereka dan akan sedaya upaya mencari semut baru untuk bertanding. 

Kewl tak permainan kami?low cost, memang xde modal yg kene ade cuma sedikit usaha untuk mendapatkan bahan2 di atas. 

Best kan game ni??? Memang dekat dengan alam semula jadi, walaupun zalim. Kisah ape aku time tu, aku budak2  naif tak baligh lagi kot. Mne tau ape2 pasal hak asasi haiwan. hehe.. Budak2 sekarang mungkin tak tahu mende2 ni, lagi2 yang duduk bandar. Yela, budak2 skang kecik2 dah main ps3, pc, dslr, semua hebat2. semua mahal2..  tapi mende2 ni sentimental value kurang. Nak wat camne.. semua berubah ikut arus zaman.. Good old time..

Eh!!!! BARU teringat nak citer tentang surat cinta tadi kan? aduhai.. lupa la.. entry ni pon dah cukup panjang bagi aku.. nanti2 la saya cerita..  huhuhuhu... harap korang semua terhibur...






p/s: pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas. hehe//

No comments:

Post a Comment