Saturday 25 June 2011

setiap orang berhak untuk peluang kedua.

Ya, tajuk entry yang dalam maksud nya. Ayat ni menjadi ayat lazim dan moto hidup aku sekarang sejak menonton drama Nora Elena. Ayat yang digunakan oleh  suami romantik kita, Seth Tan untuk meleburkan hati sekeras berlian Nora Elena. aaaaarrrggghh... stress aku.. sebenarnya exam dah berlalu seminggu lalu. waktu exam dan beberapa detik selepas keluar dewan peperiksaan semua mengadu susah. Tapi aku tahu yang kawan2 aku ni cakap tak serupa bikin.. cakap susah tapi lulus jugak. Aku je lagi sekali kandas. Nasib baik universiti baik hati bagi peluang lagi sekali untuk ambil semula peperiksaan tu.Masa yang tinggal cuma ada seminggu. Baru je nak hoyeh2 dah terbantut niat.. Kene la study balik.. kali ni tak boleh fail, kalau tidak kene repeat course dan lebih teruk MARA x sponser study aku kat sini dan terpaksa lah balik malaysia.. malu woi... mane nak letak muka ni.. So, aku tak kan sia sia kan peluang kedua ni. Dah banyak kali aku diberi peluang sebegini, tandanya ALLAH masih sayang kat aku dan mahu aku terus berusaha dan tidak berputus asa dipertengahan jalan.

So, sini ade tips2 peperiksaan aku. terpulang la korang nak jadikan panduan atau tidak.

1. sebelum study exam awal2. jangan last minit macam aku. bajet boleh lepas,, tapi tidak. amek ko kene repat exam!

2. waktu study off facebook. senang deactivate sepanjang masa korang study untuk  mengelak kan distraction . facebook sumpah lagha.. ape yg best aku pon xpasti tapi mesti gatal nak klik tab facebook tu. senang2 je korang offline terus. abes citer.

3. study awal pagi. sebab waktu ni otak fresh dan cuaca sesuai untuk belajar. tapi dengan syarat korang tidur awal malam tu. kalau tidur lewat,, memang tengah hari atau petang  la korang akan bangun.

4. jangan buat kerja last minit. Yang ni nasihat untuk diri aku. Sebab aku suka sangat wat mende2 last minit. ade masa berbulan 2 untuk study , tapi xstudy bila dah tinggal seminggu, baru kelam kabut.. memang meletop otak nak mengingat masa tu.. fuh...

5. jangan study sorang2. sebab ade banyak setan akan kacau nanti.. macam aku  bila study sorang,, konfem mengantuk sangat. lepas tu wat mende2 x berkaitan study mcm main game.. teruk..

6. sediakan air mencukupi di tempat belajar. aku xtau saintifik nya apa, tapi bila minum air, badan jadi segar. mungkinn sebab tu ramai anak2 cina bwk botol air besar2 waktu pergi sekolah kot.

7. banyak kan berdoa... sebab semua mende dalam hidup ni kita bergantung pada tuhan.. tapi usaha pon kene tip top la. baru shiok result nanti..

itu jela yang nak dikongsi. kalau nak lebih detail, beli la buku tips2 belajar kat mph, kedai mamak, popular ke.. membaca jambatan ilmu kan..

harap2 la kali ni lulus.. aku xnak mak aku kecewa.. aku harapan keluarga. aku harapan agama,bangsa dan negara! BERUSAHA!!!!!

2 comments: