Saturday 23 July 2011

part time job 2

hai,
 dua tiga menjak ni agak malas nak menulis, sebab semester 2 dah start dan aku sibuk dengan marathon anime . kalau tak habiskan marathon ni secepat mungkin, jiwa aku akan terganggu dan susah nak belajar. jadi, kene habiskan marathon anime dulu.

ok,, nak sambung citer pasal part time job.
Mula2 aku memang nak kerja kat The Store sebagai cashier, tapi lepas dengar cadangan mak aku, aku pon pergi ke penang untuk bekerja sebagai waiter kat restoren makcik aku. sebenarnya boleh je kerja kat are KL ke,convinient sikit,dekat dgn kampung halaman,tapi Penan lagi best kot sebab kat sane ade orang boleh jaga aku.(maksud ku ade sedara).. Abang long aku kerja kat kedai tu.jadi senang sikit la kerja,lepak2 je,kan kedai mkcik aku.haha. Kerja jauh2 ni agak menarik sebenarnya, tapi part yang tak best, aku kene naik bas banyak kali. agak muak la dengan bas ni semua  sebab perjalanan ke Penang mengambil masa dalam 4jam, tu pon kalau driver bawa laju dan xde kesesakan lalu lintas. Pada aku, memang banyak kemalangan maut melibatkan bas ekspres ni disebabkan kelajuan, tapi  bila aku dah naik bas, dalam hati ni asik suruh je jerit kat driver tolong la bawak lagi laju! haha.biar cept sikit sampai. jimat masa aku. aku ni lgi satu kurang penyabar, jadi, kalau tiket bas cakap pukul 2.00pm bertolak, ak nak depa pukul 2  tu dah gerak.aku pentingkan punctuality masa kat sini. tapi masalah nye, selalu company bas ni mesti tunggu penumpang. macam sial la! ade sekali tu kalau tak silap aku tiket pukul 12pm, tapi mula bertolak bila jam dah nak pukul 2.. Dlam hati aku menyumph je syarikat bas macam sial tak punctual masa.macam vavi la! dah la tiket mahal,naik minyak,harga tiket pon naik,pastu tak kan turun, masa musim perayaan lagi la mencanak harga tiket naik.sakit hati giler. lepas tu ade ade sekali tu, waktu kat RnR aku hampir ditinggalkan, bukn nak check pon semua penumpang dah naik ke belum. ak ade berdekatan dengan bas pun tak boleh perasan.vavi tol la.. bagi aku,, syarikat bas yang boleh dipercayai satu je, transnasional. yang lain2 macam bunga raya,konsurtium,plusliner,cepat,durian tunggal, semua servis macam puk#! harap bas je cantik, tapi suka delay jadual  sebab nak tunggu penumpang. macam transnasional, ok sebab penumpang sikit pon die jalan.betul2 tepati masa..


argh,, dah tersasul citer pasal bas pulak.malas la nak citer pasal part time job tu, nanti2 jela.


sebab aku dah berpuluh kali naik bas ekspres sejak zaman sekolah asrama lagi,,
so nasihat aku bila nak beli tiket bas dan waktu berada kat bas stesen ialah,
1.bawak duit lebih sikit takut harga tiket naik.


2. jangan layan kat orang2 yg jerit2 tiket bas.mostly boleh dapat harga yg baik,tapi servis maca taik. ade sekali tu time kat bukit jalil, sorang brader tu asyik tanya berulang kali, aku malas nak layan, bila dah jalan depan sikit aku dengar die kutuk aku kat belakang,.jadi bila orang2 @ promoter ni tanya, just cakap dah ade tiket. kalau die tanya lagi detail mcm pukul berapa tiket, syarikat ape, goreng la, cakap transnasional ke,pastu cakap nak cepat, ade member tunggu. patu korang blah dengan senyuman.penting!


3. letak dompet kat poket depan untuk mengelakkan penyeluk saku.pastu korang masuk tangan dalam poket pegang dompet korang. sentiasa alert dengan keadaan sekeliling. anda alpa,anda menyesal.


4. kalau nak elak ganguan promoter,korang pakai la earphone,buat2 dengar lagu, tak pon, korang letak enset korang kat telinga, buat2 macam berborak dengan member dlm phone. yang ni kalau buat memang depa tak kacau.hehhehehe..


5. sentiasa perhatikan bagasi2 anda, takut kene rembat, ataupon tertinggal, menyesal la korang kalau dah sampai padang besar baru perasan beg tetinggal kat melaka sentral!!hahaha


6. memandangkan harga makanan dan minuman mahal, baik tapau dari rumah. macam aku ak just beli roti gardenia dan air mineral.dapat la berjimat sikit.


7.kalau naik bas yang berhenti2 macam kl-ipoh-butterworth-alor setar,, korang kene alert, nak tido pon agak2. takut terlajak tempat waktu korang tengah sedap2 tidur!haha


ni jela kot yg ak ingat.dah setengah tahun tak naik bas ekspres..hummmmm,,,sentimentel lak aku ni...


so, selamat menyambut hari raya puasa, dan selamat berpuasa dengan baik ramadhan ni.. moga korang beroleh rahmat dan petunjuk..ameen.. ni ak bagi korang lagu balik kampung!!!woohoooo...walaupon aku xdpt blik tahun ni..salam perantaun utk fmly terchenta!!





5 comments:

  1. hidup pon macam naik bus express.

    ReplyDelete
  2. naik bas jgn lupa baca doa..huhu

    ReplyDelete
  3. same mcm aku.. naik bas ekspress sejak zaman zaman skolah.. bosan.. huhu

    ReplyDelete
  4. trip kalau sejam dua boleh tahan lagi,, tapi klau dah 3 4 jam..sakit tengkuk jugak la..=)

    ReplyDelete
  5. kampung gua 5 minit dah sampai

    ReplyDelete