Thursday 14 July 2011

SURAT KEPADA PERDANA MENTERI.

Assalamualaikum  saya ucapkan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak, selaku perdana menteri MALAYSIA pada ketika ini. apa khabar keadaan tuan sekarang?saya harap tuan sihat sentiasa bersama keluarga dan isteri tercinta.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan tahniah kerana berjaya mematahkan cubaan demonstrasi pada 9 July 2011. Saya mendengar dan membaca berita di akhbar2 terkini mengatakan tindakan pantas pihak polis berjaya mematahkan cubaan peserta2 demonstrasi ini daripada bertindak ganas. Bak kata tuan dalam buletin utama, mereka2 ni memang lemah, baru kene tear gas dahi dah berkerut. padan muka mereka sebab pergi demontrasi tu. Lain kali PM cakap jangan melawan.. nanti dapat susah..betul tak? Kasihan para polis yang terpaksa bekerja lebih masa dan terpaksa mendengar cacian2 peserta demostrasi. Saya rasa pihak polis tidak bersalah kerana mereka hanya menurut arahan. Kalau mereka menentang  arahan pihak atasan, mungkin mereka akan dibuang kerja ataupun dipindahkan ke cawangan polis lain. kasihan polis2 kita.. Mereka cuma menjadi taat kepada tuan mereka laksana anjing yang taat kepada tuan mereka.

baiklah, apa yang saya nyatakan di atas hanya berita yang didapati daripada sumber2 yang menyokong tuan.
Pada pendapat saya, kalau saya andaikan situasi yang berlaku sekarang ini, pihak tuan sudah pun di 'check' oleh pihak lawan. Tindakan pihak tuan sempena demonstrasi BERSIH 2.0 sebenarnya tidak menghalang mesej yang cuba  disampaikan  oleh mereka yang menyertai demonstrasi itu.malah lebih teruk, mencalarkan imej tuan selaku pemimpin tertinggi di Malaysia. biar pun niat mereka tidak sampai kepada YANG DIPERTUAN AGUNG, TAPI NIAT MEREKA SAMPAI KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA .Berani untuk saya nyatakan di sini, pihak lawan di sini bukan pihak pembangkang semata mata, tapi semua pihak yang sudah bosan dengan  drama politik pihak tuan. Saya ingin nyatakan di sini, saya tidak cenderung kepada pihak pembangkang kerana berita2 panas dari pihak tuan telah meresapi hingga ke sum2 tulang saya. tetapi saya sakit hati dengan kepimpinan tuan. saya rasa terlalu banyak penyelewengan yang nyata berlaku. rakyat semakin lama semakin terbeban, golongan muda semakin leka dengan hiburan2, masalah agama yang semakin bertambah. semua ini terjadi disebabkan kelemahan pemerintahan pihak tuan. SAYA kecewa negara kita yang dikatakan negara islam tidak menjalankan nilai2 islam sebenar dalam hidup. Bagaimana tuan sanggup memimpin rakyat dengan bangga jikalau isteri sendiri tuan tidak boleh didik untuk berpakaian mengikut syariat islam?banyak lagi perkara yang boleh di ungkit, tapi di sini saya nak menekankan bahawa jikalau isteri sendiri pon tuan tak boleh nak ajar, jangan harap saya sebagai rakyat akan menghormati tuan.
tuan suruh rakyat berjimat,tapi adakah tuan berjimat cermat? itu saya tidak tahu.

Jadi,saya berharap tuan dapat berubah jadi manusia,hamba ALLAH yang lebih baik.kalau tuan nak saya dan rakyat jelata menyokong tuan  tanpa berbelah bahagi, saya sarankan tuan lakukan beberapa perkara;

pertama tuan perlu minta maaf secara live kepada semua rakyat Malaysia diatas semua kesalahan pihak tuan. JIka tuan berjaya melakukan ini,berjaya membuang ego dalam diri tuan, pasti rakyat akan hormat tuan

kedua tuan perlu memperbaiki ahli2 parti tuan yang seperti syaitan bertopengkan manusia.buang semua gejala rasuah, sifat malas,takbur,ego dan tamak dalam diri masing2. bila sifat2  ini tiada dan diganti dengan sifat2 mahmudah, pasti ALLAH akan sayang kat tuan, rakyat pun senang hati dan tidak mencaci caci pihak tuan .

ketiga tuan perlu memulangkan segala harta yang telah disalah gunakan.selagi tuan tidak memulangkan,selagi itu hidup tuan tidak berkat.tidak mengapa jika tuan tidak mahu mengaku jika ada, kita boleh selesaikan isu2 ni di akhirat kelak. Saya rasa tuan memang pemurah diakhirat kelak dengan memberi saham2 paahala tuan kepada pihak2 teraniaya, yakni rakyat tuan sendiri.

keempat. menjadi lebih islamik sesuai dengan label malaysia negara islam. islamik di sini bukan pada pandangan manusia kini, tapi pada pandangan Al Quran dan Sunnah. bila sesebuah kerajaan islam itu,yang majoriti penduduknya islam,benar2 menjalankan hukum islam,pasti negara itu diberkati ALLAH.. jangan risau dengan  mereka2 yang beragama lain itu. Islam sesuai untuk semua lapisan manusia,kita tidak akan mencabuli hak2 mereka.. dan lebih penting, jika islam benar2 ditegakkan, pasti gejala murtad makin kurang,orang masuk islam makin ramai, remaja2 rosak akhlak semakin berkurang,kes2 zina semakin berkurang,jenayah semakin berkurang dan macam2 lagi.. tuan jangan risau.. ALLAH tak menurunkan ujian jika hambanya tidak boleh mengatasi ujian itu.. Memang kita akan di uji bila kita cuba menegakkan kebenaran, tapi tuan jangan risau sebab ALLAH sentiasa membantu mereka yang berada di jalan yang benar.

intisari nasihat saya pada tuan,jika tuan dapat menjadi seorang yang benar2 menjalankan cara hidup islam, pasti pihak pembangkang tiada modal untuk menentang tuan dan pasti rakyat semakin sayang tuan. Tapi paling penting ialah tuan mendapat keredhaan ALLAH.. betul tak? hidup kat dunia ni sekejap je tuan, akhirat sudah pasti hadi tuan fikir lah baik2.. Masih ada masa untuk tuan berubah..


Akhir kata, saya berharap tuan dapat  berubah, demi masa depan tuan,rakyat dan negara malaysia.. amin..
asalamualaikum.

yang  benar,

rakyat prihatin.

2 comments:

  1. wow panjangnya surat.memang betul pun apa yang awak tulis.kite menyokong kerajaan tak semestinya kita musuh pembangkang. kite setuju dengan idea pembangkang tak semestinya kita musuh kerajaan. semua bergantung kepada corak pentadbiran kerajaan pimpinan.

    ReplyDelete
  2. haha..tulis mende ni seronok2 je.. ak pon xpasti ape ak tulis betul atau tidak, tapi yg pasti, klau ikut peraturan Allah, xkan timbul masalah2 yg bertimbu mcm skrg.. huhuu..

    ReplyDelete